Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Umum’ Category

Penerangan mengenai Forex…

Forex… Lubuk segala DUIT!!

Apakah Forex Trading itu?
FOREX TRADING adalah Perdagangan Mata wang asing yang blh di ikuti oleh siapa saja di seluruh dunia, dan sudah secara

resmi di perdagangkan di bursa, yang bisa terus berlangsung selama 24 jam dari isnin sampai jum’at. Bagaimana “FOREX”

dalam pandangan ISLAM: KLIK DISINI

Secara keseluruhanya dapat saya katakan FOREX (FX) adalah lubuk segala raja duit. Fx yg diniagakan di pasaran matawang

antarabangsa turut dikenali sebagai FORIEN EXCHANGE atau pertukaran matawang. Dengan kata lain perbezaan nilai matawang di kalangan matawang seperti USD,

EURO, YEN, CAD, CHS, AUS, dan sebagainya akan menyebabkan orang yg bijak dalam membuat keputusan sama ada membeli atau menjual matawang berkenaan di pasaran

FX akan mendapat untung.

Sebagai contoh mudah dalam Fx matawang yg mudah untuk diniagakan dan mudah untung adalah ERU/USD….dan

GBP/USD….matawang lain pun mudah untung tapi sya lebih selesa dengan dua matawang berkenaan. Sebabnya jika kita lihat graf ERU ada tanda-tanda menurun,

bermakna matawang EUR menjadi lemah berbanding USD. Oleh itu anda tunggu dan biarkan saja ERU turun sampai satu peringkat yg membolehkan anda membuat

keputusan untuk membeli ERU,…anda belilah ERU berkenaan.

Kekuatan main FX terletak pada kecekapan anda membuat analisa asas dan analisa teknikal. Secara keseluruhannya analisa

asas adalah pengaruh suasana semasa perkembangan ekonomi dunia seperti serangan 11/ sept, ujian peluru berpandu korea utara, OPEC menambah atau mengurangkan

pengeluaran minyak mentah dunia, keputusan kongres Amerika tidak menyokong BUSH dan sebagainya.

Kesemua berita berkenaan boleh mempengaruhi ekonomi dunia kerana negara-negara yg terlibat dalam pasaran matawang

mempunyai central bank sendiri. Oleh itu seluruh saudagar yg terlibat dengan perniagaan serata dunia akan bertindak balas menggunakan khidmat bank central

dalam semua transaksi wang. Jika keputusan Korea Utara akan melancarkan ujian peluru berpandu minggu depan. Kesannya negara jiran yg terlibat dengan bank

central seperti JEPUN akan terancam. Boleh jadi korea utara bukan saja melancar ujian peluru berpandu secara bebas ke angkasa atau laut, tetapi sebenarnya

melancarkan peluru berpandu berkenaan yg ditujukan ke mana-mana tempat di JEPUN seperti ke pusat bandar-bandar Perindustrian di JEPUN.

Analisa asasnya …..pelabur akan membawa keluar wang mereka dari Jepun dan akan dipindahkan ke Amerika. Dengan itu

pelabur akan menukar wang mereka dari YEN ke USD. Oleh itu pertukaran matawang akan berlaku sangat kerap di bank-bank central berkenaan dengan jumlah yg

banyak. Kesannya nilai YEN akan menurun sementara USD semakin kukuh berbanding YEN.

Bagi peniaga FOREX perkembangkan ini adalah menguntungkan. Penurunan YEN ini boleh dilihat melalui graf. Dalam keadaan

ini amat sesuai untuk beli YEN. Kemudian Selepas peluru berpandu dilancarkan kelihatan tiada apa-apa berlaku. Malah ujian berkenaan gagal sampai kesasaran

dan hanya jatuh kelaut antara Korea selatan dan Jepun. Oleh itu para pelabur berasa lega. Esoknya merekapun buat keputusan untuk pindahkan semula wang mereka

dari Amerika ke Jepun.

Analisanya…Nilai YEN menjadi kukuh berbanding USD. Oleh kerana peniaga forex telah membeli YEN semasa YEN turun, maka

setelah YEN naik berbanding USD telah berlaku ….masa ini adalah masa yg paling sesuai untuk menjual YEN dan membeli semula USD. Perbezaan antara nilai YEN yg

rendah masa beli akan menyebabkan peniaga forex untung semasa jual YEN yg bernilai tinggi.


Perubahan turun naik matawang ini boleh diikuti dalam grafik seperti graf. Graf ini adalah penentu akhir dalam mempengaruhi keputusan anda sama ada

membeli atau menjual. Dalam FX keputusan sangat penting dalam membuat keuntungan sebab jika kena caranya anda jual matawang pun boleh untung dan beli

matawang pun untung. Dengan kata lain maju kena ….mundur pun kena…jadi anda akan dapat double untung jika dalam masa yg sama anda membeli matawang berkenaan

dan turut set untuk menjual matawang berkenaan. Bahagian ini yg agak sukar untuk dihuraikan dalam penulisan melainkan ia dapat dipaparkan dalam situasi

trading yg sebenar.

ANGGAPAN YANG SALAH TENTANG FOREX

Bagi yang belum memahami forex mungkin akan menganggapnya seperti judi, selalu untung selalu rugi.
Memang jika anda trading forex hanya asal hentam saja tanpa teknik maka akan mirip judi, atau nasib, kadang kalah kadang menang!
Tapi jika anda mahu terus belajar memahami dan menguasai tekniknya, maka akan sangat berbeda dengan judi, Anda bisa menggunakan teknik untuk mengurangi

resiko rugi dan memperbesar peluang profit,
Bahkan bagi yang sudah profesional dan menguasainya dengan baik, maka peluang profit bisa lebih 90%.

Jadi semua tergantung pd kemahuan , usaha dan keseriusan anda untuk menguasai “Ilmunya”. Ingat begitu anda bisa menguasainya maka akan bisa anda

manfaatkan sampai bila2, dan bisa menjadi sumber income selamanya, tanpa bergantung pada orang lain.

Yang terbaik adalah lakukan usaha dengan serius, 100%. Tak ada hasil yang bisa anda capai jika anda melakukannya dengan setengah hati,
Tanpa belajar dan berlatih, anda tak akan pernah tahu dan Bisa!

Read Full Post »

Pivot Point

Apakah itu Pivot Point(PP)?

PP merupakan zone2 yang selalunya memberi kesan pada market. Zone2 untuk PP ini dikenal pasti dengan kiraan menggunakan harga pasaran semalam. “Value” atau nilai2 yang digunakan ialah ialah high, low dan close. Contoh untuk mengira PP untuk hari ini, kita gunakan high, low dan close candlestick daily untuk semalam. Kalau nak kira untuk hari Isnin, kita pakai candlestick hari Jumaat. Dengan kiraan ini, kita dapat mengenal pasti beberapa zone2 support dan resistance.

Setiap hari pasaran akan mempunyai nilai high, low dan close tersendiri. Oleh kerana forex ini 24h, kita menggunakan 5PM EST sebagai open dan close.

Banyak traders yang menggunakan zone2 PP, untuk mencari peluang untuk trade. Kita juga boleh melihat bagaimana zone2 ini memberi kesan kepada pasaran.

Ini adalah formula untuk mengira PP dan zone2 support dan resistancenya. Terdapat “calculator” untuk mengira PP, boleh d idownload dari internet. Kita hanya perlu masuk high, low dan close, kiraan lain akan dibuat secara automatic. Klik sini untuk mendapatkan calculator tersebut dalam format excel.

Resistance 3 = High + 2*(Pivot – Low)
Resistance 2 = Pivot + (R1 – S1)
Resistance 1 = 2 * Pivot – Low
Pivot Point = ( High + Close + Low )/3
Support 1 = 2 * Pivot – High
Support 2 = Pivot – (R1 – S1)
Support 3 = Low – 2*(High – Pivot)

pivot.gif

Dengan kiraan ini, kita akan mengenal pasti 7 zone, iaitu 3 zone resistance, 3 zone support dan 1 pivot point untuk hari tersebut.

Apa yang selalu diperhatikan gunakan PP?

Kalau harga open hari ini diatas level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk long, selagi harga pasaran berada diatas level pivot point, Kalau harga pasaran open hari ini dibawah level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk short, selagi harga pasaran berada dibawah level pp.

3 “Point” atau level/zone yang penting dalam cara ini ialah, R1, S1 dan PP sendiri. Secara amnya, trading menggunakan kiraan PP, traders selalu memerhati R1 dan S1, iaitu melihat pasaran patah balik atau tembus(break) dari zone res/supp ini.

Selalunya apabila pasaran sampai ke zone R2, R3 atau S2, S3, ia mungkin telah “overbought” atau “oversold”, jadi zone2 R2/R3 atau S2/S3 selalunya digunakan untuk exit sesuatu trade.

Di bawah ini merupakan video mengenai pivot point. Di situ ade penerangan mengenai pivot point.

Read Full Post »

Apa itu Forex?

Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex merupakan sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang ini ditransaksikan melalui broker dan dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD) dan Euro Dollar dengan US Dollar(EUD/USD).

Salah satu platform dagangan forex yang mudah & senang dikendalikan ialah Marketiva.Ia sesuai bagi mereka yang baru menjinakkan diri dalam dunia forex. Malah anda akan diberi $5 USD percuma apabila mendaftar dengan Marketiva. Anda juga boleh memulakan jual beli sebenar dari serendah $1 USD .Tidak seperti platfom lain yang memerlukan sekurang-kurangnya $100 USD atau lebih.Terdapat banyak lagi platform yang sesuai untuk berdagang dengan forex ini.Saya akan ceritakan lebih lanjut lagi mengenai broker yang lain dalam post yang akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Marketiva anda boleh melawati laman web nya http://www.marketiva.com atau pun klik pada banner di dalam blog ini.

Read Full Post »

Posting pertama..

Ini merupakan posting saya yang pertama.Apa yang ingin saya taip disini adalah mengenai panduan memulakan perdagangan forex.Walaupun saya ni kira newbies, tapi apa yang saya belajar tentang forex, saya akan kongsikan bersama newbies yang lain. Terdapat banyak teknik serta sistem forex yang membolehkan usahawan forex maju ke hadapan.Tidak semua signal forex adalah 100% tepat.Kita perlu membuat analisa serta belajar daripada pasaran semasa.Hanya 70% yang boleh dipertimbangkan daripada signal forex yang kita dapat.Untuk memastikan semua usahawan forex tetap dengan urusniaga forex, ilmu pengetahuan perlu dilengkapkan dari masa ke semasa.Banyakkan membaca tentang e-book forex, pasaran semasa serta sentiasa ‘up to date’.Mustahil bagi usahawan forex yang tidak pernah rugi semasa berurusniaga. Tetapi jika dinilai dari purata untung dan rugi, yang penting adalah untung. Jadi kita perlu pastikan kita berdagang secara profesional bagi memastikan kita sentiasa mendapat untung.Memang tidak dinafikan urusniaga forex ini risikonya adalah tinggi.Tetapi kita boleh atasinya sekiranya kita tahu cara menguruskannya.

Read Full Post »