Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘1’ Category

PROSES MENJADI SEORANG TRADER BERJAYA

PROSES MENJADI SEORANG TRADER BERJAYA
(Dimana tahap anda?)

Tahap 1 ( Unconscious Incompetence )

Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar
pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang
trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat. Bagi
anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga
naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan
sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun
mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi
memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda
dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.

Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari,.
Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan 1 indicator saja, atau
bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan.
Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran
akan mengalahkan anda. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan
faktor TUAH/LUCK. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda,
anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang
dapat bertahan??.

Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu
untuk trade forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa
yang anda mampu untuk melakukan trading walaupun semua fakta berkata
sebaliknya (Persoalannya: Apakah bulan ini profit?, atau Bulan lepas
profit?, ataupun Tahun ini profit? ).

Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga
mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai sistem yang
lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi
perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu
mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah
dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.

90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka.
Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade
seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu
mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang
teruk.
Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka
executor. dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan
mengambil wang dari rakan-rakan dengan menabur pelbagai janji-jani
(pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk
mereka. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku
trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri
mereka sendiri.

Hanya
waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di
tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya
dalam lingkungan waktu SEMINGGU hingga SEBULAN

90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.

Tahap 2 ( Conscious Incompetence )

Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten.
Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1
fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat
berfikir secara bernas.
Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’
( sistem yang sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100%
, sistem yang tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada
di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai
dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda
praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti
seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.

Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem
automasi trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di
Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri (
biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan
Moving Everage, Fibonnacci lines, Pivot Point, Camarilla Pivot, DeMark,
Fractal, MACD, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator yang
lain.

Anda tahu bahawa pasaran terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1
indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap
indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga
kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan
meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut.
Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda
telah melakukan yang terbaik.

Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan
pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak
bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin
mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walahal anda
tidak.. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan
mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu – anda rasa
anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan.

Anda akan jadi seperti seorang remaja – trader yang lebih berpengalaman
akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu
tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik – anda
meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet dan overtrade
akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam
kebijaksanaan anda – overload information). Kini anda akan
mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS
dan sebagainya – serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat
pembelajaran forex yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat
untuk berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah
yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan.

Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan
mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan
keperibadian/stail anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa
kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan
dari hari ke hari dan anda pula terus kerugian.

Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang
pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir
sekitar 3 bulan.

Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.

Tahap 3 (The EUREKA Moment)

Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. An

da menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya
menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada
indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui
pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang
baik.

Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan
mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan
dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.

Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang
penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara
tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang
anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade
anda serta bimbingan seseorang berkenaan pengurusan trading yang
sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga
sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit
dibandingkan sistem yang asli.

Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar
daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem
anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss
adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading.

Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak
seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda.
Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda
tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.

Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya
ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi
trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk
dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.

Anda
mempelajari tentang perlunya ada guru/teman yang dapat memberikan anda
bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia
mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat
tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk
mengendahkannya ketika itu. Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan
seorang guru yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang
diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super
trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau.

Trader
akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima
hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan
pasaran.

Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.

Tahap 4 ( Conscious Competence )

Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi
signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari
terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan
lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang
anda lakukan adalah resiko bisnis yaitu max 2% dari account anda.

Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan
trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama
beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang
boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.

Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki
sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi
menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan
pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat
pengalaman bertrading sebenar.

Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.

Tahap 5 ( Unconscious Competence )

Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang
paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda
mampu trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu
berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda
telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan
anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit.

Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim,
anda telah menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan account
yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang anda
peroleh.

Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda
akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan
mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu.
Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa
kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih
trader Tahap 1.

Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli
semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau
dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke
hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.

Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu
membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa
batas, dan account anda akan berlipat-ganda dari account awal.

Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.

Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.

Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:

” SAYA SEORANG TRADER “

Read Full Post »

72 pips closed 86 pips floating hijau

Screenshot dibawah merupakan signal yang saya pasang dalam platform marketiva saya.Tak sangka target 72 pips telah pun mengena.. Yang floating saya pasang langkah keselamatan dengan meletakkan stop-loss pada positif sekiranya market reverse,sekurang2nya saya tidak rugi..

10-12-2009-signal

Read Full Post »