Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2006

sequence.jpg voodoo.jpg

Experts Advisor ialah suatu program yang telah disetkan oleh programmer mengikut kod serta indicator tertentu supaya program tersebut mengikut seperti apa yang telah dianalisa daripada teknikal forex. Jika kita trade secara manual, kita terpaksa melihat indicator 24 jam untuk mendapat signal yang betul. EA ini adalah satu cara memudahkan lagi kerja untuk forex tanpa perlu mengadap graf 24 jam.

EA akan membantu menganalisa mengikut pergerakan graf serta membuat signal order untuk trade. EA ini juga dikenali sebagai sistem robot. Kita boleh membuat strategi tester berdasarkan tarikh-tarikh yang lepas untuk menguji kehebatan EA yang telah dibuat oleh programmer. Daripada hasil yang lepas, kita perlu cuba ‘forward test’ pula dalam 3 minggu ke sebulan dengan demo akaun sebelum memulakan ‘live trading’.

Terdapat bermacam-macam jenis EA yang telah diprogramkan yang boleh dicuba tetapi kita perlu mencubanya terlebih dahulu dengan demo supaya kita tidak menyesal jika berlakunya ‘drawdown’ terutamanya jika ‘news’ yang boleh mengubah analisa teknikal yang telah dibuat oleh EA. EA yang berbayar selalunya telah dicuba terlebih dahulu dan diyakini kehebatannya berbanding dengan EA percuma.Terdapat banyak EA yang percuma yang boleh didapati di forum-forum forex ataupun dilaman web forex yang lain. EA yang berbayar pula perlu dikaji terlebih dahulu sebelum membelinya.Dapatkan nasihat daripada pembeli-pembeli yang lain tentang prestasi EA berbayar tersebut.

EA tidak 100% sempurna  kerana keadaan pasaran tidak semestinya tepat jika kita hanya berdasarkan kepada analisa teknikal. Tetapi apa yang menarik adalah EA dapat menghasilkan keuntungan 20%-100% daripada modal kita. Kebanyakan EA direka khas untuk platform MetaTrader 4. Saya akan tunjukkan bagaimana untuk guna EA ni dan berapa banyak profit yang kita boleh dapat jika kita pandai menggunakan EA terpilih dalam post saya yang akan datang.

Read Full Post »

Technical Analysis Indicator MACD – Moving Average Convergence Divergence

Video ini menerangkan serba ringkas mengenai Indicator yang popular iaitu MACD.

Read Full Post »

Pivot Point

Apakah itu Pivot Point(PP)?

PP merupakan zone2 yang selalunya memberi kesan pada market. Zone2 untuk PP ini dikenal pasti dengan kiraan menggunakan harga pasaran semalam. “Value” atau nilai2 yang digunakan ialah ialah high, low dan close. Contoh untuk mengira PP untuk hari ini, kita gunakan high, low dan close candlestick daily untuk semalam. Kalau nak kira untuk hari Isnin, kita pakai candlestick hari Jumaat. Dengan kiraan ini, kita dapat mengenal pasti beberapa zone2 support dan resistance.

Setiap hari pasaran akan mempunyai nilai high, low dan close tersendiri. Oleh kerana forex ini 24h, kita menggunakan 5PM EST sebagai open dan close.

Banyak traders yang menggunakan zone2 PP, untuk mencari peluang untuk trade. Kita juga boleh melihat bagaimana zone2 ini memberi kesan kepada pasaran.

Ini adalah formula untuk mengira PP dan zone2 support dan resistancenya. Terdapat “calculator” untuk mengira PP, boleh d idownload dari internet. Kita hanya perlu masuk high, low dan close, kiraan lain akan dibuat secara automatic. Klik sini untuk mendapatkan calculator tersebut dalam format excel.

Resistance 3 = High + 2*(Pivot – Low)
Resistance 2 = Pivot + (R1 – S1)
Resistance 1 = 2 * Pivot – Low
Pivot Point = ( High + Close + Low )/3
Support 1 = 2 * Pivot – High
Support 2 = Pivot – (R1 – S1)
Support 3 = Low – 2*(High – Pivot)

pivot.gif

Dengan kiraan ini, kita akan mengenal pasti 7 zone, iaitu 3 zone resistance, 3 zone support dan 1 pivot point untuk hari tersebut.

Apa yang selalu diperhatikan gunakan PP?

Kalau harga open hari ini diatas level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk long, selagi harga pasaran berada diatas level pivot point, Kalau harga pasaran open hari ini dibawah level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk short, selagi harga pasaran berada dibawah level pp.

3 “Point” atau level/zone yang penting dalam cara ini ialah, R1, S1 dan PP sendiri. Secara amnya, trading menggunakan kiraan PP, traders selalu memerhati R1 dan S1, iaitu melihat pasaran patah balik atau tembus(break) dari zone res/supp ini.

Selalunya apabila pasaran sampai ke zone R2, R3 atau S2, S3, ia mungkin telah “overbought” atau “oversold”, jadi zone2 R2/R3 atau S2/S3 selalunya digunakan untuk exit sesuatu trade.

Di bawah ini merupakan video mengenai pivot point. Di situ ade penerangan mengenai pivot point.

Read Full Post »

Terdapat beratus-ratus jenis indicator yang terdapat dalam dunia forex ini. Indicator ini secara basicnya adalah suatu script atau program yang telah ditulis oleh programmer. Di sini saya akan membincangkan beberapa “indicator” yang kerapkali atau biasa digunakan. Indicator biasanya menunjukkan keadaan pasaran yang “overbought/oversold”. Pasaran selalunya akan berpatah balik apabila indicator menunjukkan OB atau OS. Akan tetapi, keadaan seperti itu tidak selalu berlaku.

Berikut adalah 4 Jenis Indicator yang biasa digunakan :-

    1. Moving Average(MA)
    2. Moving Average Convergence Divergence(MACD)
    3. Bolinger Band(BB)
    4. Relative Strength Index(RSI)

(more…)

Read Full Post »